Isnin, 29 April 2013

Pendididikan Kraf - Tadika Perintis Kecil

Khamis, 15 April 2013

Seramai 150 orang murid dari Tadika Perintis Kecil dari tiga buah cawangan telah hadir ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang bagi menjayakan aktiviti Interaktif Kraf Mewarna Batik Canting. Kesemua mereka adalah terdiri daripada anak-anak dari Taman Seri Indah, Taman Teluk Air Tawan dan Serdang Villa, Pulau Pinang. Mereka semua berumur antara lima dan enam tahun. 


Sesi taklimat ringkas oleh Pegawai Pemuliharaan Kraf, PKKM Pulau Pinang

Aktiviti ini dimulai dengan taklimat ringkas dari Pegawai Pemuliharaan Kraf, Puan Zamhuriah binti Ahmad Fadzil dan sesi demontrasi mewarna batik. Setelah selesai demontrasi dan penerangan mengenai teknik mewarna batik, sesi mewarna oleh kesemua murid tadika dan guru dijalankan. Kesemua murid menampakkan reaksi yang memberangsangkan. Hasil karya telah dinilai dan tiga karya terbaik telah dipilih. Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memupuk minat cintakan kraf Malaysia dalam diri untuk masa akan datang. 

Sesi demontrasi pembuatan batik 

Hasil karya seni kreatif kanak-kanak Tadika Perintis Kecil 

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Pengarah 

Sesi fotografi bersama anggota kerja PKKM Pulau Pinang, murid dan guru-guru.


Selamat Pengantin Baru.. Mohd Zamri bin Jamaluddin

Bandar Baharu, Kedah.


20 April 2013 (Sabtu), bersamaan 9 Jamadilakhir 1434H.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Zamri bin Jamaluddin kerana selamat diijuabkabulkan dengan pasangannya Amy Juliana binti Abd Rahman di Bandar Baharu, Kedah.

Semoga jodoh beliau berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin... 


diana2013

Selasa, 16 April 2013

Lawatan Pengarah PKKM Pulau Pinang

16 April 2013 (Selasa)

Primitif Perabot & Indah Jati Mulia Enterprise

Satu lawatan pembangunan produk telah diadakan bersama pengarah PKKM Pulau Pinang ke tempat usahawan kraf tangan bagi melihat perkembangan pembangunan produk dan aktiviti usahawan yang dilawat. Satu perbincangan mengenai tempahan produk baru sempena Promosi Kerja Kahwin 2013 telah dibuat bersama pegawai Unit Rekaan, PKKM Pulau Pinang. 

Lawatan ke Syarikat Primitif Perabot

Lawatan ke Syarikat Indah Jati Mulia Enterprise

diana2013

Lawatan IKN ke PKKM Cawangan Pulau Pinang

15 April 2013 (Isnin)


Seramai 30 orang pelatih IKN Jurusan Seni Kraf Rotan bersama 4 orang pegawai telah melawat ke PKKM Cawangan Pulau Pinang. Mereka telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai dari Unit Usahawan, En.Mohd Zamri bin Jamaluddin berkenaan projek-projek pembangunan di PKKM Pulau Pinang. 



Para pelatih telah di bawa melawat ke kilang dan bengkel usahawan kraf tangan di Pulau Pinang serta dan Muzium Jeruk Pak Ali yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Lawatan telah diiringi oleh Pegawai dari Unit Promosi dan Rekaan PKKM Pulau Pinang. 



diana2013....

Hari Keluarga (PKKM Pulau Pinang)

Sungai Sedim, Kedah Darul Aman
6 April 2013 (Sabtu)

Hari Keluarga Warga PKKM Pulau Pinang


Meniti The Tree Top Walk..Jambatan Gantung Terpanjang di Asia....

Mandi...Sungai Sedim, Kedah

Kenangan Bersama...Seronoknyer...

diana2013...

Isnin, 1 April 2013

PEMBANGUNAN SEMULA WARISAN PANDAI BESI PEKAN DARAT

16 Mac 2013, Pekan Darat, SPU

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan untuk membangunkan semula perusahaan pandai besi di Pekan Darat, Seberang Utara. Peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) ini merupakan langkah menambah baik dan memberi imej baru kepada perusahaan warisan yang berusia 172 tahun. 



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merangkap Pengerusi MPBPP berkata, perusahaan pandai besi di Pekan Darat ini berupaya memberi impak sosial ekonomi kepada penduduk setempat. 

Tambah beliau lagi, peruntukan yang disalurkan ini merangkumi kerja menaik taraf dan membina bengkel tambahan, kemudahan infrastuktur, penyediaan mesin dan peralatan, galeri pameran dan kursus-kursus yang berkaitan untuk pengusaha besi di bawah Koperasi Pandai Besi Pekan Darat Seberang Perai Bhd. 




Bercakap di Majlis Pelancaran Warisan Pandai Besi anjuran MPBPP dan PERDA, beliau yakin perusahaan ini dapat membantu memberi pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan juga berpotensi menjadi produk pelancongan yang baru di negeri ini. 

Turut hadir di majlis ini adalah YB Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group Pembangunan Usahawan, YB Dato' Hajah Jahara Abdul Hamid, Adun Teluk Air Tawar, YB Dato' Jasmin Mohamed, Adun Sungai Dua dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta penduduk setempat. 

diana/PKKMPP
Sumber: Blog PERDA