Isnin, 7 April 2014

Program Citrawarna 1 Malaysia Pulau Pinang 2014





Pada 22 Mac 2014, Program Citrawarna 1 Malaysia Pulau Pinang 2014 telah diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang. Seramai 3 usahawan kraf telah bersama-sama dalam menjayakan aktiviti ini. Terdapat aktiviti jualan kraf dan demonstrasi kraf mencanting dan mewarna batik, pembuatan capal serta anyaman mengkuang. 

Program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang ini telah menarik kira-kira 3000 orang pengunjung dari seluruh negeri ini. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan)iaitu Y.Brs.En.Rashidi bin Hasbullah.

-- 
ZAMHURIAH AHMAD FADZIL

Salam Takziah...


Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Madam Lim Swee Kim, Adiguru Kraf Sulaman Nyonya yang telah meninggal dunia semalam pada umur 81 tahun. Mendiang Madam Lim adalah salah seorang tokoh Usahawan Sulaman Nyonya yang banyak menyumbang bakti dalam seni kraf sulaman sejak berusia 8 tahun. Beliau dilantik menjadi Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006 dan dilahirkan pada 17 Jun 1933 di Kota Bharu, Kelantan. 

Beliau telah banyak membantu terutama dalam mengajar seni sulaman kepada generasi muda sebagai tenaga pengajar. Semoga dengan bakti dan ilmu yang dicurahkan oleh beliau dapat memartabatkan Seni Sulaman Nyonya di persada dunia. 

Semoga beliau bersemadi dengan aman....

Selamat Menyambut Kelahiran Anak Pertama



Tahniah dari kami warga PKKM Pulau Pinang, kepada Puan Norazima binti Zakaria kerana selamat melahirkan seorang puteri pada  22 Mac 2014. Beliau selamat melahirkan bayi di Hospital Sungai Petani . Terserlah kecomelan bayi ini dengan dihiasi nama Nur Qisya Humairah binti Muhamad Nooraswad. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan anak yang solehan, Insya-Allah, Amin....

Lady D