Khamis, 3 September 2015

SESI RAMAH MESRA ANGGOTA KERJA BERSAMA PENGARAH BARU KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

2 September 2015, Rabu, Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Bertam Perdana. 
         
           Satu sesi ramah mesra bersama anggota kerja telah diadakan di bilik Mesyuarat Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Diucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat di tempat baru kepada Puan Norizan binti Lob, selaku Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang yang baru bermula pada 1 September 2015.




Dari Kedah ke Bandar Baru, 
Singgah di Bertam membeli serama, 
Selamat bertugas di tempat baru, 
Semoga senang terajui bersama.

             


MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

26 Ogos 2015, Rabu, Bertam Perdana. 

        Anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan majlis perpisahan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang iaitu En.Rosli bin Abd Hamid. Beliau akan berkhidmat di Ibu Pejabat selaku Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat. Kami kehilangan seorang permata yang banyak berjasa selama 7 tahun berada di Kraftangan Cawangan Pulau Pinang. 

             Beliau seorang yang sangat tegas dalam perlaksanaan kerja dan seorang yang amat perihatin dengan kebajikan anggota kerjanya. Beliau sudah kami anggap sebagai seorang ayah memandangkan kami berada dalam kelompok muda-mudi. Insya-Allah, segala tunjuk ajar yang diberi akan kami aplikasikan walau di mana kami berada.
Sekalung tahniah atas kenaikan pangkat dan selamat berkhidmat di tempat baru. Semoga diberi kesihatan yang baik dan sucsses selalu. 






Jasamu di kenang

Batang Pinang ditebang jangan, 
Buah Pala dimakan bersama, 
Yang jauh pergi dilupa jangan, 
Kenangan memori ingatan bersama. 



TEMASYA SUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA KALI KE 20/2015

KELAB SUKAN & KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA TAHUN 2015

Objektif 
Penganjuran Sukan Tahunan Kraftangan Malaysia bertujuan memupuk semangat kerjasama, kenal-mengenal, memupuk budaya kerja sihat melalui aktiviti-aktiviti sukan. 

Tarikh 
20 Ogos - 23 Ogos 2015

Tempat 
ILP, Pulau Pinang






Sekitar Persiapan Sukan ke20/2015 di Pulau Pinang




Sekitar Aktiviti Sukan berlangsung


Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah
Bergambar Kenangan Tuan Rumah bersama Dato' Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia