Isnin, 23 Mei 2016

MAKMAL PEMBANGUNAN DAN PENGELUARAN PRODUK SOFT TOY 2016

Makmal ini adalah anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang yang menekankan tiga segmen utama iaitu:- 

a.Rekaan 
b.Promosi 
c.Pameran 2. 

Makmal Rekaan Pembuatan Patung Batik ( Soft Toys ) adalah salah satu dari aktiviti Bahagian Rekaan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang bagi tujuan menghasikan rekaan mengikut kehendak dan keperluan pasaran kraf batik di Malaysia. Makmal ini akan mengfokuskan rekacorak batik pada soft toys mengikut konsep rekabentuk produk kraf. 

Tujuan utama Makmal ini diadakan juga adalah bagi melahirkan lebih ramai usahawan jahitan dalam bidang produk patung batik ( soft toys ) di mana pasaran untuk produk ini dapat dikembangkan ke peringat antarabangsa serta ditambah dengan kekurangan produk-produk baru terutama produk patung batik (soft toys) SULIT SULIT yang telah mendorong Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang Pulau Pinang untuk mengadakan aktiviti ini. 

Dalam Makmal Rekaan yang akan diadakan ini, dicadangkan untuk menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam bidang Produk Kraf iaitu Puan Lee Bee Day pemilik syarikat ” BILLIE DAY ” yang berpengalaman dan pakar dalam pembuatan ”Soft Toys ”. 

Makmal akan diadakan selama 5 hari bermula pada 23 - 27 Mei 2016 (Isnin - Jumaat)

Tentetif Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Soft Toys 2016.


Hari Pertama (23 Mei 2016 - Isnin)



Sesi Pembukaan Makmal Pembangunan dan pengeluaran Produk Soft Toys 2016



Sesi Pembelajaran dan Penerangan dari Tenaga Pengajar










LAWATAN DARI SEKOLAH TEROI

Lawatan Sambil Belajar 
Sekolah Kebangsaan Teroi bertarikh 11 Mei 2016 (Rabu).Lawatan ini melibatkan seramai 88 orang pelajar dari tahun 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR sesi 2016/2017.Aktiviti interaktif kraf mewarna batik telah diselitkan semasa lawatan dan dikelolakan oleh En.Azhar Nabar @ Rohim dari Unit Promosi dan Pemuliharaan PKKM Cawangan Pulau Pinang serta dibantu oleh semua staf Cawangan PKKM Pulau Pinang.




LAWATAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR

Lawatan Sambil Belajar

Sekolah Kebangsaan Kampong Setar bertarikh 29 April 2016 (Jumaat).
Lawatan ini melibatkan seramai 50 orang pelajar dari darjah 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR sesi 2016/2017.Aktiviti interaktif kraf mewarna batik telah diselitkan semasa lawatan.Lawatan telah dikelolakan oleh En.Azhar Nabar@ Romin dari unit Promosi dan Pemuliharaan PKKM Cawanga Pulau Pinang dan dibantu oleh anggota kerja PKKM Cawangan Pulau Pinang.

Sesi Taklimat oleh Timbalan Pengarah PKKM Cawangan Pulau Pinang 
dan 
Sesi Ucapan Aluan oleh Pengarah PKKM Cawangan Pulau Pinang


Aktiviti mencanting batik dan lawatan ke 
Galeri Pusat Jualan PKKM Cawangan Pulau Pinang

Sesi bergambar kenangan