Khamis, 1 Jun 2017

Karnival Minguan PKS 2017

Karnival Mingguan PKS Peringkat Negeri Pulau Pinang anjuran SME Corp

Tarikh   : 19 - 21 Mei 2017 
Tempat : MYDIN Mall, Bukit Mertajam
Dirasmikan oleh : YB. Datuk Sr. Hj Muhamad Farid bin Saari 
Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group 
                              Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera,
Pulau Pinang 

Usahawan terlibat : 
Jago Mutiara
Jai Painting
Pucuk Rebung Enterprise














Lawatan Usahawan


Lawatan 24 Mei 2017 (Rabu) 


Usahawan Kraf : Hassan Ismail
Syarikat             : Batik Hassan

Usahawan          : Jinaton Hamid
Syarikat             : Risma Pelangi

Usahawan         : Yan Batik
Syarikat            : Sufian Alias

CERAMAH SEMPENA BULAN RAMADHAN

Ceramah Agama Sempena Bulan Ramadhan

1 Jun 2017 (Khamis), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Ceramah Agama dan Bacaan Yasin bersempena bulan ramadhan. Ceramah ini telah disampikan oleh Ustaz Azhar bin Hamid. 

Bacaan Yasin



Sesi Ceramah



Khamis, 18 Mei 2017

GELARAN RASMI KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA


Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran gelaran Dato' sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 15 Mei 2017.

Kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang amat berbangga di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) ini. Semoga segala usaha Yang Berbahagia Dato' sumbangankan dalam industri kraf negara akan sentiasa beroleh kecermelangan dan diberkati oleh Allah SWT. 

Selasa, 11 April 2017

Majlis Pelancaran Batik Pulau Pinang

MAJLIS PELANCARAN BATIK PULAU PINANG

"Tradisi Disemai, Budaya Disanjung"

Ahad, 19 Mac 2017 telah berlangsung Majlis Pelancaran Batik Pulau Pinang di Ballroom, Lexis Suites Penang, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YABHG.Toh Puan Dato'Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.

Majlis telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida Mokhtar.

Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan adanya pertunjukan dan peragaan Fesyen Batik Pulau Pinang.
Majlis Ketibaan YABHG. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff

 Gimik Perasmian
Pertunjukan dan Peragaan Fesyen
 Lawatan ke ruang Pameran dan Jualan Produk Batik Pulau Pinang
Sesi bergambar dan Sidang Media

rflady2002/2017

Selasa, 24 Januari 2017

Majlis Sekalung Penghargaan bagi Meraikan YB.Datuk Sr.Muhammad Farid Bin Saad

Pada 7 Januari 2017 (Sabtu), satu Majlis Sekalung Penghargaan bagi meraikan YB.Datuk Sr.Muhammad Farid Bin Saad telah diadakan di Restoran De Pauh Gardern, Seberai Perai, Penang. 

Sesi penyampaian cenderahati 
oleh 
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang 
kepada 
YB. Datuk Sr.Hj.Muhammad Farid bin Saad

Jumaat, 20 Januari 2017

GOTONG-ROYONG ANGGOTA KERJA PKKM CAWANGAN PULAU PINANG

Pada 20 Januari 2017 (Jumaat), semua anggota kerja telah bersama-sama membersihkan luar kawasan pejabat. Kerja-kerja pembersihan adalah melibatkan kawasan 'lanscap'.





Rabu, 11 Januari 2017

ATUR CARA MAJLIS PENYAMPAIAN MOCK CHEQUE SKIM MODAL PUSINGAN PERNIAGAAN USAHAWAN DAN BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN USAHAWAN KRAFTANGAN 2016


Sebanyak 5 buah syarikat dari usahwan kraftangan telah menerima bantuan mesin dan peralatan sebagai insentif pengeluaran daripada Datuk Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang di satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat PERDA. 

5 Usahawan kraf yang menerima bantuan mesin dan peralatan meliputi bidang kraf batik, kraf logam dan kraf kayu. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan usahawan kraftangan Pulau Pinang dapat mempertingkatkan mutu keluaran produk kraf setanding dengan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand ujar Datuk Muhammad Farid Saad. 

Turut hadir sama semasa majlis ini ialah Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail, Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim dan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang.