Isnin, 23 Mei 2011

TAKZIAH


Kami semua warga kerja PKKM Cawangan Pulau Pinang mengucapkan ucapan takziah ke atas kembali kerahmatullah Allahyarham Bapa Mertua, Puan Siti Maizura Hashim, Pengajar Kraf PKKM Cawangan Pulau Pinang tanggal 22 Mei 2011 bersamaan 18 Jamadilakhir 1432H. AL FATIHAH

Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU....


Kepada semua ibu-ibu dan yang bakal menjadi ibu di luar sana, diucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tidak kiralah ibu kandung, ibu angkat, ibu saudara atau sebagainya. Kasih sayang ibu tiada batasan dan tidak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...

sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya.

Jumaat, 6 Mei 2011

FESTIVAL BORIA 1 MALAYSIA

Festival Boria 1 Malaysia telah dilaksanakan pada 29 April 2011 hingga 01 Mei 2011 bertempat di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa pameran dan acara sokongan. Pertandingan Boria dianjurkan mengikut kategori kanak-kanak, remaja dan badan bukan kerajaan ( NGO) turut terlibat. Selain itu, aktiviti-aktiviti sampingan lain seperti pameran jabatan dan agensi, demonstarasi permainan tradisional dan sebagainya.

SEJARAH DAN PENGENALAN BORIA
Permainan Boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Hussien R.A Putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa tersebut diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan. Dalam upacara tersebut diadakan berbagai persembahan seperti lakonan dan sebagainya menggambarkan peristiwa berdarah termasuk syair yang digubah dalam nyanyian beramai-ramai. Acara tahunan tersebut sedikit telah berlaku perubahan. Kini Boria banyak mempersembahkan lagu-lagu yang kebanyakkannya dipengaruhi dengan irama twist, a-gogo, Hindustan, pop dan sebagainya. Dari segi sketsa dan lakonan, dialog yang disampaikan penuh dengan sindiran dan kadang-kadang penonton yang hadir turut berinteraksi dengan para pelakon. Unsur-unsur jenaka dianggap sebagai faktor penting bagi setiap persembahan Boria. Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam boria adalah violin, gambus, marwas, table, simbal, gendang, arkodian, harmonika dan gitar. Tukang karang akan memulakan rangkap pertama nyanyian secara solo sambil menari serta menggoyangkan tongkat yang dipegangnya, kemudian akan diikuti dengan kumpulan penari (Sailor) menyahut nyanyian secara beramai-ramai. Antara prop yang sering digunakan adalah pelita, bendera, keris, payung, bunga manggar, tongkat dan sebagainya.


Petikan :JKKN Pulau Pinang


GAMBAR-GAMBAR FESTIVAL BORIA 1 MALAYSIA


Aktiviti Interaktif Kraf Batik oleh usahawan kraf Uniqraft Work, En Rizal Jasman bersama penduduk Kampung Seronok sedang mencanting dan mewarna batik.




Aktiviti mewarna waktu yang melibatkan penyertaan dari segenap lapisan.



Kumpulan Boria sedang melakukan latihan persembahan untuk dipersembahankan pada malam kemuncak perasmian Boria (Sailor ) teramai.

Acara perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Menteri KPKK


Persembahan permainan tradisional seperti Congkak, Dam Aji Gergaji, Batu Seremban, Ketinting, Sepak Raga Ratus, Wau dan Layang-layang, Menyumpit dan sebagainya.

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menerima anggota kerja baru Cik Norazima bt Zakaria yang telah mula bertugas pada 04 April 2011 sebagai Pembantu Akauntan dan ditempatkan di Unit Pentadbiran dan Kewangan. Pihak Pengurusan dan semua warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang amat mengalu-alukan kedatangan beliau menganggotai warga baru Kraftangan Malaysia Pulau Pinang. Selamat manjalankan tugas.

MESYUARAT PENYELARASAN PERPINDAHAN DAN LAWATAN TAPAK KOMPLEKS KRAF PULAU PINANG BARU


Mesyuarat penyelarasan dan lawatan tapak Kompleks Kraf Pulau Pinang oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang pada 29 April 2011.
Kami Warga Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang tidak sabar menanti untuk berpindah ke bangunan pejabat baru.