Selasa, 24 Januari 2017

Majlis Sekalung Penghargaan bagi Meraikan YB.Datuk Sr.Muhammad Farid Bin Saad

Pada 7 Januari 2017 (Sabtu), satu Majlis Sekalung Penghargaan bagi meraikan YB.Datuk Sr.Muhammad Farid Bin Saad telah diadakan di Restoran De Pauh Gardern, Seberai Perai, Penang. 

Sesi penyampaian cenderahati 
oleh 
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang 
kepada 
YB. Datuk Sr.Hj.Muhammad Farid bin Saad

Jumaat, 20 Januari 2017

GOTONG-ROYONG ANGGOTA KERJA PKKM CAWANGAN PULAU PINANG

Pada 20 Januari 2017 (Jumaat), semua anggota kerja telah bersama-sama membersihkan luar kawasan pejabat. Kerja-kerja pembersihan adalah melibatkan kawasan 'lanscap'.





Rabu, 11 Januari 2017

ATUR CARA MAJLIS PENYAMPAIAN MOCK CHEQUE SKIM MODAL PUSINGAN PERNIAGAAN USAHAWAN DAN BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN USAHAWAN KRAFTANGAN 2016


Sebanyak 5 buah syarikat dari usahwan kraftangan telah menerima bantuan mesin dan peralatan sebagai insentif pengeluaran daripada Datuk Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang di satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat PERDA. 

5 Usahawan kraf yang menerima bantuan mesin dan peralatan meliputi bidang kraf batik, kraf logam dan kraf kayu. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan usahawan kraftangan Pulau Pinang dapat mempertingkatkan mutu keluaran produk kraf setanding dengan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand ujar Datuk Muhammad Farid Saad. 

Turut hadir sama semasa majlis ini ialah Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail, Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim dan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang.