Isnin, 4 Ogos 2014

Cahayamata Baru Pn Hardiana Johar

Tahniah dari kami warga Kraftangan Malaysia Pulau Pinang, kepada Puan Hardiana Binti Johar kerana selamat melahirkan putera yang ke empat pada 18 Jun 2014 jam 10.29 malam.  Beliau selamat melahirkan bayi di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.  Bayi ini diberi nama Afiq Umaeir Bin Aludin. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan anak yang soleh, Insya-Allah. Amin....


   
 

Afiq Umaeir Bin Aludin



Isnin, 30 Jun 2014

Selamat Berpuasa!!!


Selamat Berpusa kepada semua Umat Islam dan Warga Kraftangan Malaysia..

Rabu, 25 Jun 2014

Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-19 (PSKM-19) 2014

Warga Kraftangan Malaysia dan keluarga telah sama-sama dalam program Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-19 (PSKM-19)  yang dibuat julung kalinya bagi tahun 2014.  

Disamping bersukan, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk ahli kelab dan keluarga. :

                        Tarikh :           20 – 22 Jun 2014 (Jumaat – Ahad)
                        Lokasi :           Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka.

Pada Pesta Sukan kali ini Kraftangan Malaysia Pulau Pinang telah diwakili oleh En ROsli Abd Hamid dan keluarga, En Zamri Jamaluddin, Pn Siti Rohaya Md. Saad, Pn Zamhuriah Ahmad Fadzil, Pn Umi Kalsum Yusof serta Pn Siti Maizura Hashim. 


                               




  
 Perasmian Pesta Sukan oleh yang Berbahagia Dato' Mohd Kamil  

PKKM Pulau Pinang telah dibahagikan ke kumpulan atau Zon Hijau yang juga diwakili oleh PKKM Cawangan Perlis, Kedah, serta Komplek Kraf Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti indoor dan outdoor serta sukaneka yang dipertandingkan.  Antara aktiviti sukan yang disertai  iaitu Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, Tarik Tarik, Badminton, Karom, Dart, Ping Pong, Bola Tampar Air, Fear factor (berakit), jack pot dan pelbagai aktiviti lagi. 

   
Pertandingan Futsal dan Bola Tampar

 

Bola tampar air 

Diharapkan aktiviti sukan ini akan menyemarakkan sikap bekerjasama serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.

"Majulah Sukan Untuk Kraftangan"

Selasa, 10 Jun 2014

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2014 (PenBEX)


Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2014 (PenBex) telah berlangsung di Tapak Ekspo Dataran Transformasi Usahawan (DTU), Kubang Menerong, Kepala Batas pada 31 Mei hingga 8 Jun 2014.  PenBEX 2014 merupakan kali yang ketiga diadakan di Kubang Menderong, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Penganjuran PenBEX 2014 telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang kepada Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (FGUBPP) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Hj. Muhamad Farid bin Hj Saad, ADUN Pulau Betong, Balik Pulau Pulau Pinang. 

Sebanyak 18 lot booth usahawan telah disertai oleh Kraftangan Malaysia.  15 lot diperuntukkan  bagi aktiviti jualan serta 3 lot demontrasi kraf.









Khamis, 5 Jun 2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA STRAITS QUAY 2014

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan promosi seperti yang berikut ;

Aktiviti            : Promosi Kraf Malaysia 2014
Tempat          : Strights Quay
Tarikh             : 23 Mei hingga 29 Jun 2014
Masa              :10.00 pagi hingga 10.00 malam


Antara pengisian aktiviti bagi memeriahkan promosi. 



 
 

Aktiviti jualan dan interaktif kraf





Isnin, 7 April 2014

Program Citrawarna 1 Malaysia Pulau Pinang 2014





Pada 22 Mac 2014, Program Citrawarna 1 Malaysia Pulau Pinang 2014 telah diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang. Seramai 3 usahawan kraf telah bersama-sama dalam menjayakan aktiviti ini. Terdapat aktiviti jualan kraf dan demonstrasi kraf mencanting dan mewarna batik, pembuatan capal serta anyaman mengkuang. 

Program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang ini telah menarik kira-kira 3000 orang pengunjung dari seluruh negeri ini. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan)iaitu Y.Brs.En.Rashidi bin Hasbullah.

-- 
ZAMHURIAH AHMAD FADZIL

Salam Takziah...


Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Madam Lim Swee Kim, Adiguru Kraf Sulaman Nyonya yang telah meninggal dunia semalam pada umur 81 tahun. Mendiang Madam Lim adalah salah seorang tokoh Usahawan Sulaman Nyonya yang banyak menyumbang bakti dalam seni kraf sulaman sejak berusia 8 tahun. Beliau dilantik menjadi Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006 dan dilahirkan pada 17 Jun 1933 di Kota Bharu, Kelantan. 

Beliau telah banyak membantu terutama dalam mengajar seni sulaman kepada generasi muda sebagai tenaga pengajar. Semoga dengan bakti dan ilmu yang dicurahkan oleh beliau dapat memartabatkan Seni Sulaman Nyonya di persada dunia. 

Semoga beliau bersemadi dengan aman....

Selamat Menyambut Kelahiran Anak Pertama



Tahniah dari kami warga PKKM Pulau Pinang, kepada Puan Norazima binti Zakaria kerana selamat melahirkan seorang puteri pada  22 Mac 2014. Beliau selamat melahirkan bayi di Hospital Sungai Petani . Terserlah kecomelan bayi ini dengan dihiasi nama Nur Qisya Humairah binti Muhamad Nooraswad. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan anak yang solehan, Insya-Allah, Amin....

Lady D