Isnin, 25 Februari 2013

PEMANTAUAN USAHAWAN KRAF KAYU

Khamis, 21 Februari 2013

Sinar Tropik Venture, Othman bin Md. Isa, satu lawatan suai kenal telah diadakan bagi bertanyakan khabar beliau. Beliau merupakan bekas pelatih Kraftangan Malaysia yang bergiat dalam kraf ukiran kayu. Antara produk-produk yang dihasilkan adalah perabot ukiran, mimbar, hiasan taman, wakaf dan komponen rumah. Beliau mempunyai 2 orang tenaga kerja. Kini anak beliau diharapkan dapat mewarisi seni kraf kayu beliau untuk masa akan datang. 

Lawatan telah dilakukan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunan Puan Hardiana binti Johar diiringi En. Zamri dari Unit Usahawan. 


Antara produk-produk hasil kerja dari En.Othman..

TAKLIMAT HKK 2013 & PERASMIAN MENANAM POKOK

Khamis, 21 Februari 2013


Bertam, satu Taklimat sempena HKK 2013 telah diadakan di bilik mesyuarat PKKM Pulau Pinang dengan dihadiri seramai 13 usahawan terlibat. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah PKKM Pulau Pinang, En. Rosli bin Abd Hamid dan diurusetiakan oleh Pegawai dari Unit Pasaran dan Promosi, Puan Zamhuriah bin Ahmad Fadzil. 



Antara Usahawan yang terlibat di HKK 2013 adalah ; 

  1. Khairos Imani Entp. 
  2. Uniqraf Works
  3. Rose Batik Entp. 
  4. Pucuk Rebung Entp. 
  5. Panyayang Tinggi Entp. 
  6. Shanim's Collection
  7. Josl Pipes & Services
  8. Jati Indah Mulia Entp. 
  9. Izan Crystal Entp. 
  10. Seri Pinang Entp. 
  11. Jago Mutiara Entp. 
  12. Gadengmas Pewter
  13. Koperasi Pandai Besi Pekan Darat, Pulau Pinang Bhd. 
Selepas aktiviti taklimat, upacara menanam pokok bersama usahawan dan anggota kerja telah diadakan bagi  menyerikan lagi pejabat bari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang. 

Aktiviti menceriakan perkarangan pejabat telah dijayakan oleh usahawan dan anggota kerja PKKM Pulau Pinang dengan disaksikan oleh Pengarah PKKM Pulau Pinang. 

LAWATAN USAHAWAN

Rabu, 20 Februari 2013

Satu lawatan ke Asian Pottery Sdn.Bhd di Jalan Wee Hein Tze, Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah diadakan bagi menjemput syarikat menyertai pameran Kraf Warisan yang dianjurkan oleh Muzim Kraf bertajuk "Seni Kraf Seramik: Tempaan Bersadur". 

Usahawan ini diberi taklimat ringkas oleh Pengarah PKKM Pulau Pinang, En. Rosli bin Abd Hamid dengan diiringi pegawai dari Unit Usahawan, En.Zamri bin Jamaluddin dan pegawai dari Unit Pasaran dan Promosi Puan Zamhuriah Ahmad Fadzil. 


Lawatan susulan telah diadakan ke Syarikat Pucuk Rebung Entp. dan Jati Indah Mulia Entp. bagi melihat persiapan akhir produk-produk untuk jualan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013.


Rabu, 13 Februari 2013

Aktiviti gotong-royong PKKM Cawangan Pulau Pinang

Khamis, 7 Februari 2013

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi kerja-kerja menanam pokok untuk keceriaan pejabat. Semua anggota kerja terlibat bagi menjayakan aktiviti ini. Kini PKKM Cawangan Pulau Pinang dihiasi dengan pokok-pokok pinang sejajar dengan identiti negeri kami...

Semoga satu hari nanti pokok-pokok ini berguna untuk dijadikan sebagai hasil kraftangan satu masa nanti.Amin....

Badang-badang kami walaupun kecik...jangan mara...

Staf baru ni bab nak ex-pose dia yang lebih-lebih.


Pemantauan Usahawan - Orientasi Pengeluaran Produk HKK 2013

Khamis, 7 Februari 2013


  • Satu aktiviti pemantauan usahawan kraf, Produk Orientasi Pengeluaran Produk sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 telah diadakan oleh Bahagaian Usahawan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Pegawai terlibat adalah Puan Sa'adiah, Puan Roshaida dan En.Nizam Abu. Lawatan telah dijalankan selama dua hari bermula pada 7 Februari dan berakhir pada 8 Februari 2013. 

  • Lawatan ini telah diiringi oleh Pegawai dari Unit Usahawan, En.Mohd Zamri Jamaluddin, pegawai dari Unit Pasaran dan Promosi, Puan Zamhuriah Ahmad Fadzil, pegawai dari Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Puan Hardiana binti Johar dan En. Izhar Mohd Noor. 

  • Seramai 7 usahawan terlibat bagi aktiviti Orientasi Pengeluaran Produk ini iaitu; 

  1. Penyayang Tinggi Entp.
  2. Jago Mutiara Entp.
  3. Josl Pipe and Sevices
  4. Pucuk Rebung
  5. Rose Batik Entp.
  6. Indah Jati Mulia Entp.; dan 
  7. Gadeng Mas


Lawatan ke kilang Jati Mulia Entp. 


Lawatan ke bengkel Gadeng Mas




Sebahagian produk-produk OP yang telah siap.


oleh;
Jurufoto dan Jurulapor PKKM Pulau Pinang; 

Selamat menjalankan tugas.....


Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2013, Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Jom pi ramai-ramai ke Promosi 

Hari Kraf Kebangsaan 2013


Macam-macam ada....


HARI KRAF KEBANGSAAN 2013 27 FEB - 11 MAC 2013 
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY

Kehadiran Pegawai Baru, Unit Penyelidikan dan Pembangunan PKKM, Pulau Pinang

Bertam Perdana, Puan Hardiana binti Johar bekas pegawai dari Unit Usahawan di PKKMCJ telah melapor diri di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang pada 1 Februari 2013 sebagai Pereka, Unit Penyelidikan dan Pembangunan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan kehadiran anggota kerja dari Unit Penyelidikan dan Pembangunan setelah sekian lama anggota kerjanya ditukarkan ke PKKM Cawangan Terengganu. Diharap dengan kehadiran pegawai ini dapat membantu usahawan-usahawan di Pulau Pinang dalam menghasilkan rekaan-rekaan baru.