Jumaat, 6 Mei 2011


Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menerima anggota kerja baru Cik Norazima bt Zakaria yang telah mula bertugas pada 04 April 2011 sebagai Pembantu Akauntan dan ditempatkan di Unit Pentadbiran dan Kewangan. Pihak Pengurusan dan semua warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang amat mengalu-alukan kedatangan beliau menganggotai warga baru Kraftangan Malaysia Pulau Pinang. Selamat manjalankan tugas.

MESYUARAT PENYELARASAN PERPINDAHAN DAN LAWATAN TAPAK KOMPLEKS KRAF PULAU PINANG BARU


Mesyuarat penyelarasan dan lawatan tapak Kompleks Kraf Pulau Pinang oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang pada 29 April 2011.
Kami Warga Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang tidak sabar menanti untuk berpindah ke bangunan pejabat baru.

Khamis, 21 April 2011

AL FATIHAH



Kami semua warga kerja PKKM Cawangan Pulau Pinang mengucapkan ucapan takziah ke atas kembali kerahmatullah Allahyarham bapa Puan Masayu bt Yacob, Pegawai Khidmat Pelanggan, PKKM Cawangan Pulau Pinang tanggal 18 Februari 2011 bersamaan 13 Rabiulakhir 1432.