Khamis, 1 Disember 2011

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF





PROGRAM : PENDIDIKAN KRAF PERDANA
TEMPAT : SEK KEB TANAH LIAT, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
TARIKH : 15 OKTOBER 2011

Pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) aktiviti Pendidikan Kraf Perdana telah dilaksanakan sempena Program Sentuhan Dan Kenduri Rakyat yang dikelolakan secara bersama oleh Agensi dan Jabatan di bawah Kementerian, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU JPM) dan AJK Penyelaras Parlimen Permatang Pauh.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah dan sekolah Rendah yang telah dicadangkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah yang terletak di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh. Seramai 280 orang pelajar dengan 20 orang guru pengiring telah menyertai aktiviti tersebut.

Rabu, 13 Julai 2011

AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN MENANAM POKOK DI PEJABAT BARU

gambar-gambar aktiviti gotong royong dan menanam pokok.

Selasa, 5 Julai 2011

LAWATAN KP

PKKM Cawangan Pulau Pinang telah mula beroperasi di pejabat baru berkuatkuasa pada 01 Julai 2011.

Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Kamil Mohd Ali bersama Encik chiptoh bin Paratoh telah mengadakan lawatan ke pejabat baru PKKM Cawangan Pulau Pinang pada 27 Jun 2011.