Khamis, 1 Disember 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru kepada Puan Umi Kalsum Zainal Abidin dengan pasangannya

En Muhamad Rizan Mahmud telah selamat diijabkabulkan tanggal

26 November 2011 bersamaan 30 Zulhijjah 1432H

SELAMAT DATANG YANG BERBAHAGIA DATO' PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA KE CAWANGAN PULAU PINANG


LAWATAN YANG BERBAHAGIA DATO' PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA
KE CAWANGAN PULAU PINANG

Pada 25 November 2011 (Jumaat), Dato Haji Sohaimi Bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan singkat ke Cawangan Pulau Pinang. Sempena lawatan tersebut, satu taklimat kepada beliau telah disampaikan oleh Encik Rosli Abd bin Hamid, Pengarah Kraftangan Malaysia Pulau Pinang. Dato’ Pengerusi menyarankan agar membuat penambahbaikan ke atas operasi Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang.


Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi kerana sudi melawat cawangan ini.

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF





PROGRAM : PENDIDIKAN KRAF PERDANA
TEMPAT : SEK KEB TANAH LIAT, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
TARIKH : 15 OKTOBER 2011

Pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) aktiviti Pendidikan Kraf Perdana telah dilaksanakan sempena Program Sentuhan Dan Kenduri Rakyat yang dikelolakan secara bersama oleh Agensi dan Jabatan di bawah Kementerian, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU JPM) dan AJK Penyelaras Parlimen Permatang Pauh.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah dan sekolah Rendah yang telah dicadangkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah yang terletak di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh. Seramai 280 orang pelajar dengan 20 orang guru pengiring telah menyertai aktiviti tersebut.