Khamis, 18 Mei 2017

GELARAN RASMI KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA


Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran gelaran Dato' sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 15 Mei 2017.

Kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang amat berbangga di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) ini. Semoga segala usaha Yang Berbahagia Dato' sumbangankan dalam industri kraf negara akan sentiasa beroleh kecermelangan dan diberkati oleh Allah SWT.