Rabu, 5 Jun 2013

Aktiviti Promosi Kraf Malaysia di Straits Quay, Pulau Pinang

Aktivit Promosi Kraf Malaysia di Straits Quay 


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Straits Quay telah mengadakan aktiviti Promosi Kraf Malaysia 2013 dengan penglibatan usahawan kraf tangan meliputi negeri-negeri di Malaysia. Aktiviti ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 30 Mei hingga 2 Jun 2013 bermula jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Sebanyak 15 buah syarikat telah terlibat menjayakan aktiviti ini terdiri dari bidang Hasil Rimba - Kayu, Tekstil - Batik dan Sulaman Nyonya, Hasil Tanah - Seramik, Logam - Pewter, Aneka - Kulit, Mutiara dan manik dan pelbagai. Di samping aktiviti jualan, pengunjung boleh mendapatkan pengetahuan dengan adanya Demontrasi Pembuatan Tenunan Songket dan Jahitan Sulaman Nyonya dan tidak ketinggalan Aktiviti Interaktif Kraf Mewarna Batik. 

Anggaran penggunjung yang hadir antara 4,500 hingga 5,000 orang yang kebanyakkan terdiri dari pelancong asing dan tidak ketinggalan pengunjung tempatan. Nilai jualan telah melepasi KPI yang disasarkan. 

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung

Aktiviti Jualan Produk Kraf 


Aktiviti Demontrasi Pembuatan Tenun Songket, Sulaman Nyonya dan Interaktif Kraf Mewarna Batik