Khamis, 15 Januari 2015

SUMBANGAN MANGSA BANJIR ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA

Pada 7 Januari 2015, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang bersama usahawan-usahawan Pulau Pinang telah membuat sumbangan kepada mangsa banjir anggota kerja Kraftangan Malaysia. Sumbangan telah dikumpulkan di cawangan Perak untuk dihantar pada Ibu Pejabat untuk diagihkan. 





Noted:15 Januari 2015
Noted by : PKKMPENANG/LD

Khamis, 8 Januari 2015

MAJLIS PERASMIAN BUTIK KRAF KARYANEKA & PELANCARAN PESTA KRAF MINI 2014

Tanjung Tokong, Penang 

Dengan sukacitanya pada 29 November 2014 (Sabtu), 2.30 petang satu Majlis Perasmian Butik Kraf Karyaneka & Pelancaran Pesta Kraf Mini 2014 telah diadakan di Straits Quay, Tanjung Tokong. Majlis diceriakan dengan aktiviti Petunjukan Fesyen, aktiviti demontrasi dan jualan produk kraf. Aktiviti ini bermula pada 29 November hingga 7 Disember 2014. 






Note:8 Januari 2015
Note by :PKKMPP/LD

Rabu, 7 Januari 2015

MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

Bertam Perdana, 28 November 2014

PKKM Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Perpisahan seorang anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang iaitu Puan Zamhuriah binti Ahmad Fadzil E27 dari Unit Pasaran. Beliau yang telah berkhidmat di Cawagan Pulau Pinang selama 2 tahun berpindah ke Cawangan Sabah kerana mengikut suami. Beliau akan melapor diri ke PKKM Cawangan Sabah pada 1 Disember 2014. Semoga beliau dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan lebih efektif dan proaktif disamping dapat menumpukan tanggungjawab terhadap keluarga tercinta. 



 

 

Sesi santapan dan bergambar bersama  

Note:7 Januari 2015
Note by:PKKMCPP/LD



TAKLIMAT PERSIAPSIAGAAN AWAM MENGHADAPI KECEMASAN

PKKM Cawangan Pulau Pinang, 19 November 2014

Satu Taklimat Persiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan telah diadakan kepada semua anggota kerja PKKM Cawangan Pulau Pinang di bilik mesyuarat PKKMPP. Pengisian taklimat adalah berkaitan dengan cara-cara membantu membuat CPR, teknik pembalutan dan sebagainya. Pihak JPAM juga menunjukkan cara memadam api menggunakan Fire Distribution. Sedikit sebanyak ilmu yang ada boleh digunakan ketika menghadapi saat kecemasan. 



 

 

Taklimat dari Pegawai JPAM dan sesi demontrasi bersama anggota kerja

Note: 7 Januari 2015
Uptade by :PKKMCPP/LD

ANGGOTA KERJA BARU KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PENANG


Cawangan Pulau Pinang, Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menerima kehadiran dua orang anggota kerja baru yang telah melapor diri pada 1 Julai 2014. Pegawai tersebut ialah En. Mohd Azhar Nabar@Romin Pegawai Ehwal Ekonomi E41 ditempatkan di Unit Pembangunan dan En.Ahmad Azhar Md.Isa sebagai Pemandu Kemderaan (PSH) H11.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan kehadiran anggota kerja ini dan diharap dengan kehadiran pegawai ini dapat menyumbangkan tenaga dalam tugas yang diberikan. 



En. Mohd Azhar bin Nabar@Romin
Pegawai Ehwal Ekonomi E41


En. Ahmad Azhar bin Md.Isa
Pemandu Kenderaan (PSH) H11


Note: 7 Januari 2015
PKKMCPP/LD