Isnin, 1 April 2013

PEMBANGUNAN SEMULA WARISAN PANDAI BESI PEKAN DARAT

16 Mac 2013, Pekan Darat, SPU

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan untuk membangunkan semula perusahaan pandai besi di Pekan Darat, Seberang Utara. Peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) ini merupakan langkah menambah baik dan memberi imej baru kepada perusahaan warisan yang berusia 172 tahun. 



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merangkap Pengerusi MPBPP berkata, perusahaan pandai besi di Pekan Darat ini berupaya memberi impak sosial ekonomi kepada penduduk setempat. 

Tambah beliau lagi, peruntukan yang disalurkan ini merangkumi kerja menaik taraf dan membina bengkel tambahan, kemudahan infrastuktur, penyediaan mesin dan peralatan, galeri pameran dan kursus-kursus yang berkaitan untuk pengusaha besi di bawah Koperasi Pandai Besi Pekan Darat Seberang Perai Bhd. 




Bercakap di Majlis Pelancaran Warisan Pandai Besi anjuran MPBPP dan PERDA, beliau yakin perusahaan ini dapat membantu memberi pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan juga berpotensi menjadi produk pelancongan yang baru di negeri ini. 

Turut hadir di majlis ini adalah YB Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group Pembangunan Usahawan, YB Dato' Hajah Jahara Abdul Hamid, Adun Teluk Air Tawar, YB Dato' Jasmin Mohamed, Adun Sungai Dua dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta penduduk setempat. 

diana/PKKMPP
Sumber: Blog PERDA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan