Isnin, 23 Mei 2016

MAKMAL PEMBANGUNAN DAN PENGELUARAN PRODUK SOFT TOY 2016

Makmal ini adalah anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang yang menekankan tiga segmen utama iaitu:- 

a.Rekaan 
b.Promosi 
c.Pameran 2. 

Makmal Rekaan Pembuatan Patung Batik ( Soft Toys ) adalah salah satu dari aktiviti Bahagian Rekaan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang bagi tujuan menghasikan rekaan mengikut kehendak dan keperluan pasaran kraf batik di Malaysia. Makmal ini akan mengfokuskan rekacorak batik pada soft toys mengikut konsep rekabentuk produk kraf. 

Tujuan utama Makmal ini diadakan juga adalah bagi melahirkan lebih ramai usahawan jahitan dalam bidang produk patung batik ( soft toys ) di mana pasaran untuk produk ini dapat dikembangkan ke peringat antarabangsa serta ditambah dengan kekurangan produk-produk baru terutama produk patung batik (soft toys) SULIT SULIT yang telah mendorong Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang Pulau Pinang untuk mengadakan aktiviti ini. 

Dalam Makmal Rekaan yang akan diadakan ini, dicadangkan untuk menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam bidang Produk Kraf iaitu Puan Lee Bee Day pemilik syarikat ” BILLIE DAY ” yang berpengalaman dan pakar dalam pembuatan ”Soft Toys ”. 

Makmal akan diadakan selama 5 hari bermula pada 23 - 27 Mei 2016 (Isnin - Jumaat)

Tentetif Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Soft Toys 2016.


Hari Pertama (23 Mei 2016 - Isnin)



Sesi Pembukaan Makmal Pembangunan dan pengeluaran Produk Soft Toys 2016



Sesi Pembelajaran dan Penerangan dari Tenaga Pengajar










Tiada ulasan:

Catat Ulasan