Rabu, 11 Januari 2017

ATUR CARA MAJLIS PENYAMPAIAN MOCK CHEQUE SKIM MODAL PUSINGAN PERNIAGAAN USAHAWAN DAN BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN USAHAWAN KRAFTANGAN 2016


Sebanyak 5 buah syarikat dari usahwan kraftangan telah menerima bantuan mesin dan peralatan sebagai insentif pengeluaran daripada Datuk Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang di satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat PERDA. 

5 Usahawan kraf yang menerima bantuan mesin dan peralatan meliputi bidang kraf batik, kraf logam dan kraf kayu. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan usahawan kraftangan Pulau Pinang dapat mempertingkatkan mutu keluaran produk kraf setanding dengan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand ujar Datuk Muhammad Farid Saad. 

Turut hadir sama semasa majlis ini ialah Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail, Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim dan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan