Rabu, 20 Oktober 2010

KURSUS LATIHAN JANGKA PENDEK







Latihan Jangka Pendek Sulaman dan Tenunan


Tarikh : 1 Jun hingga 30 November 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bengkel Sulaman dan Tenunan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang


OBJEKTIF LATIHAN JANGKA PENDEK
Latihan Jangka Pendek bertujuan menyediakan gunatenaga separa mahir di dalam pasaran pengeluaran kraf sulaman di samping menghasilkan usahawan kraf sulaman di Negeri Pulau Pinang.

MODUS OPERANDI
Latihan diperuntukan selama 6 bulan dengan secara intensif praktikal menyulam serta menenun. Para peserta tediri dari penduduk tempatan dan dilatih mengenal sulaman dan tenunan secara menyeluruh. Tenaga pengajar mahir dan pereka dipertanggungjawabkan memberi pengajaran. Program ini digerakkan melalui latihan secara separa formal dengan penekanan kepada pratikal dan latihan. Di akhir program sejumlah 10 peserta mahir sulaman dan 4 peserta mahir tenunan dapat dihasilkan sebagai usahawan muda.

SASARAN PESERTA LATIHAN
Penduduk tempatan berumur 18 tahun hingga 45 tahun. Seramai 20 peserta akan
di ambil untuk setiap sesi serta mengikut keperluan pembelajaran.

LATIHAN AMALI
Latihan Jangka Pendek memperuntukan sebahagian besar tempoh latihan dalam bentuk pratikal dan kemahiran asas penghasilan produk sulaman serta tenunan. Latihan intensif menyeluruh proses bermula dari pengenalan asas sehinggalah penghasilan sesuatu produk.

LATIHAN TEORI
Latihan toeri memfokuskan kepada penerangan, nota, bahan bacaan, bahan rujukan dan sample.

LATIHAN KEUSAHAWANAN
Latihan keusahawanan memberi pendedahan dalam bidang perniagaan tekstil dan pakaian. Peserta akan didedahkan kepada aspek pengeluaran, sistem dan susuatur bengkel, perletakan harga, permintaan dan pasaran, rekaan, fashion, promosi, pembungkusan dan gunatenaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan