Rabu, 20 Oktober 2010

LATARBELAKANG PENUBUHAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang diwujudkan pada 02 Januari 2008 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Januari 2008 bertempat di Bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Datuk Haji Ahmad Said, 12000 Butterworth, Pulau Pinang. Pengarah Cawangan Pulau Pinang diterajui oleh Encik Rosli bin Abd Hamid. Terdapat seramai 10 orang anggota kerja sokongan bagi membantu peroperasian Cawangan Pulau Pinang.

Aktiviti utama di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang adalah aktiviti Pembangunan Usahawan, Aktiviti Promosi dan Pasaran, Aktiviti Pemuliharaan dan Aktiviti Penyelidikan & Pembangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan